Search This Blog

Friday 4 November 2011

DeMoKrAsI di MaLaYsIA...

Ketahui struktur parlimen Malaysia
     
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1.YangDi-PertuanAgong
2.DewanNegara
3.Dewan Rakyat
Demokrasi di Malaysia
Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem “Demokrasi Berparlimen” di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang tersenarai telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing. Antaranya, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat  beberapa perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa tersebut.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

tahukah anda bahawa rakyat Malaysia tidak bebas dalam menyuarakan pendapat mereka?
Teknologi komunikasi adalah merupakan medium yang paling penting dan ideal dalam proses pengembangan amalan demokrasi khususnya di negara-negara membangun di mana masih sukar bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu secara bebas dan terbuka.

Namun, persoalannya adakah semua teknologi komunikasi membebaskan masyarakat selaras dengan amalan demokrasi?

Jika dilihat, media massa arus perdana di Malaysia tidak berfungsi sebagai medium demokrasi yang memberikan hak sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara. Kerajaan berkuasa atas pengoperasian media massa dengan pemaktuban undang-undang yang menghalang kebebasan media massa tersebut. TV3, TV9, RTM1, RTM2,, Berita Harian, Utusan Malaysia semuanya mempunyai kaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Namun, media baru terutamanya internet muncul memberikan rakyat hak penggunaan yang lebih bebas tanpa pengawalan undang-undang. Blog, forum dan portal berita online adalah antara capaian dalam internet yang merintis kebebasan rakyat. Menerusi media baru inilah rakyat mempunyai peluang untuk mengkritik kerajaan.

media di Malaysia perlulah mematuhi perkara yang dikehendaki oleh negara dalam menyampaikan maklumat atau informasi.


terdapat peraturan dan sekatan kepada media di Malaysia.
Bagaimana demokrasi di malaysia???


Media massa seharusnya bertanggungjawab kepada masyarakat dengan kata lain menjadi suara rakyat. Media massa sepatutnya beroperasi berlandaskan demokrasi iaitu bertanggungjawab kepada masyarakat dengan menjaga kepentingan awam. Ini bermaksud bahawa matlamat media massa adalah untuk memastikan hak-hak dan kepentingan masyarakat terjaga dan dilindungi. Media massa juga mesti menjadi estet keempat iaitu sebagai entiti yang berasingan yang tidak berada di bawah kawalan mana-mana pihak termasuklah pihak kerajaan. Apabila media massa massa berfungsi sebagai estet keempat, ia membolehkan pengamal media untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan speenuhnya tanpa ada pengaruh pihak-pihak tertentu. Media massa juga harus memberikan kebebasan dan hak kepada mayarakat untuk bersuara menerusi media massa selain memaparkan maklumat yang neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Selain itu juga, maklumat yang dipaparkan mestilah objektif tanpa ada pemanipulasian serta perlulah tepat dan penting kepada masyarakat. Media massa juga seharusnya berfungsi sebagai ’watchdog’ iaitu menjadi pemerhati proses politik yang berkecuali. Media massa perlu mendedahkan dan melaporkan salahguna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh ahli politik dalam media massa untuk tatapan masyarakat.

Namun yang menjadi persoalannya; adakah media massa di Malaysia hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan sepenuhnya? Atau mungkinkah media massa mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat sebaliknya telah berperanan kepada pihak lain?



Laporan Economist Intelligence Unit meletakkan status Malaysia susut tangga ke 71 daripada 167 buah negara dalam indeks demokrasi 2010 berbanding tangga ke 68 pada 2008 memberi gambaran terdapat banyak ruang kepincangan dalam sistem demokrasi di Malaysia, ujar Wan Saiful Wan Jan.

Terdapat satu buku yang berjudul “Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia” yang membincangkan tentang tiga isu yang saling berkaitan iaitu – demokrasi, kepimpinan dan keselamatan – buku ini dijangka akan mendominasi wacana tentang politik Malaysia. Demokrasi dan keselamatan pula sering dilihat sebagai suatu pola yang berlawanan. Demokrasi dapat ditafsirkan dengan pelbagai perspektif contohnya, dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yang melampau dianggap menjejaskan keselamatan. Manakala, dari sudut pandangan rakyat, kawalan politik dan keselamatan yang ketat dilihat sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi. Walau bagaimanapun, demokrasi dan keselamatan diperlukan dalam mana-mana sistem politik dengan syarat soal keselamatan dilandaskan kepada usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin ruang yang mencukupi untuk mereka melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. Untuk mengharmonikan hubungan demokrasi dan keselamatan ini, kepimpinan perlu mementingkan urus tadbir yang baik dan sensitif kepada kehendak dan aspirasi rakyat supaya kepimpinan itu diterima oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. 

Secara keseluruhannya buku ini berpendirian bahawa demokrasi, kepimpinan dan keselamatan adalah perkara pokok yang penting dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang stabil dan kukuh. Selain itu, Kepimpinan Malaysia telah melakarkan satu bentuk pengurusan demokrasi yang berbeza dengan amalan yang terdapat di Barat. Mengambil kira faktor seperti struktur masyarakat Malaysia yang rencam, kedudukan geografi Malaysia, perkembangan antarabangsa khususnya ancaman keselamatan yang wujud dalam pelbagai bentuk, kepimpinan Malaysia cuba mengimbangi di antara keperluan untuk mendemokrasikan Malaysia di samping tidak mengetepikan persoalan kepimpinan dan keselamatan negara bangsa.

(buku ini dilancarkan oleh YAB Dato Seri Dr Jamaluddin Dato’ Mohd Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena seminar kebangsaan ke arah pembangunan e Malaysia..6 disember 2005)

DeMoKrAsI di MaLaYsIA...

E-DEMOKRASI melalui E-KERAJAAN

Banyak negara termasuk Malaysia menyatakan bahawa mereka mendokong prinsip demokrasi tetapi pada realitinya, demokrasi yang diamalkan hanyalah pada nama sahaja. Majoriti daripada negara-negara tersebut hanya bersetuju dengan idealisme demokrasi tersebut tetapi tidak melaksanakannya secara menyeluruh.
Walaupun konsep dan definisi demokrasi adalah pelbagai namun pengertian asas ‘demokrasi’ menurut Kamus Webster, demokrasi ialah
a government in which the supreme power is vested in the people and exercised by them directly or indirectly through a system of representation.”
Definisi ini menekankan prinsip asas kuasa rakyat dan kerajaan perwakilan, oleh itu e-demokrasi boleh dikatakan sebagai cara penggunaan aplikasi sistem teknologi maklumat untuk membimbing, memperbaiki dan melaksanakan prinsip-prinsip amalan demokrasi.
Dalam perbincangan sebelum ini, kita sudah berbincang mengenai maksud demokrasi, pemilikan media massa, sfera awam dan lain-lain. Topik perbincangan pada kali ini pula akan memfokuskan kepada kerajaan elektronik (e-kerajaan) dan e-demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia serta perbezaannya dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Kanada dan Belanda. Persoalan utama yang cuba dikupas dalam tajuk ini ialah sejauhmanakah keberkesanan e-demokrasi melalui pengaplikasian kerajaan elektronik?
Kerajaan mendefinisikan ‘kerajaan elektronik’ sebagai satu urusan pentadbiran yang menggunakan saluran media elektronik secara cepat, pantas dan berkesan. Bolehkah demokrasi subur dalam sistem pentadbiran yang berasaskan elektronik? Menurut Ithiel De Sola Pool, beliau mengatakan bahawa sekiranya kita menolak teknologi komunikasi maka ia akan menjadi ancaman kepada proses demokrasi seperti kebebasan bersuara. Berpaksikan kepada pandangan tokoh optimis itu, sistem teknologi komunikasi boleh memberi demokrasi kepada sesebuah negara seandainya kita tahu cara untuk menggunakannya.

Sejauhmanakah keberkesanan aplikasi e-demokrasi (demokrasi atas talian) melalui kerajaan elektronik?

Dalam usaha untuk mewujudkan suasana demokrasi yang adil, komunikasi dua hala perlu wujud antara kerajaan dan rakyat. Oleh itu, perlaksanaan kerajaan elektronik boleh dikatakan sebagai komitmen dan inisiatif pemerintah untuk meningkatkan perhubungan dengan rakyat serta sektor swasta melalui penggunaan aplikasi teknologi komunikasi. Melalui kerajaan elektronik, rakyat secara tidak langsung dapat meningkatkan penyertaan mereka dalam proses penggubalan undang-undang, dasar awam dan proses eksekutif kerajaan dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik pendapat umum, perbahasan, forum, perundingan, blog lobi kumpulan pendesak dan pada masa yang sama terdedah kepada maklumat dan perakuan pakar yang dikemukakan melalui ICT.

Mewujudkan warga yang bermaklumat, berpengetahuan dan terlibat dalam proses demokrasi adalah satu aspek yang sangat penting dalam demokrasi. Menurut The McBride-Commision (1980,131) “The right to communicate is an extension of the continuing advance toward liberty and democracy.” Dalam United Nations Charter, the Universal Declaration of Human Rights, Article 19 pula menyatakan bahawa “freedom of information” is a fundamental human right: “Everyone has a right to freedom of opinion and expression; the right includes freedom to hold opinions... and to seek, receive and import information and ideas through any medias and regardless of frontiers.”

Adilkah sebuah demokrasi seandainya...

Masalah atau kekangan yang berkaitan dengan kemampuan dan kebolehcapaian terhadap inovasi teknologi ini tidak diatasi sebaik mungkin. E-demokrasi tidak akan berjaya sekiranya masih berlaku pengecualian sosial (social exclusion) yang disebabkan oleh kebolehcapaian yang tidak sama rata terhadap internet. Menurut Choudrie, Weerakkody dan Jones (2005), masalah pengecualian sosial merupakan bahagian yang penting yang perlu diatasi oleh kerajaan. Faktor ekonomi juga boleh menjadi antara penyumbang kepada masalah kebolehcapaian yang tidak sama rata terhadap internet.

Walaupun perkhidmatan kafe siber semakin meluas, terutamanya dalam kalangan generasi muda, namun masih berlaku jurang digital (digital divide) dalam kelompok sosial. Jurang digital merujuk kepada “gap between individuals, households, businesses and geographic areas at different socio-economic levels with regard both to their opportunities to access ICTs and their use of the internet for a variety of wide activities (OECD,2001).” Jurang digital turut melibatkan perbezaan antara Negara Maju dan Negara Dunia Ketiga, kelompok sosial kaya dengan miskin, rakyat yang berpendidikan tinggi dengan kurang berpendidikan dan masyarakat bandar dengan kampung.



Meninjau pengaplikasian e-demokrasi melalui kerajaan elektronik di negara yang lebih maju...

1.        Amerika Syarikat.
-    Kerajaan Amerika Syarikat mempelopori facebook, MySpace dan Twitter untuk berinteraksi dengan masyarakat dunia khasnya golongan belia melalui blog rasmi mereka iaitu “WhiteHouse 2.0.” Laman yang telah dilancarkan awal Mei itu telah menerima 38, 000 pengikut dalam sekelip mata dan angka tersebut melonjak ribuan orang dalam setiap minit. Di laman-laman tersebut, pelayar terbuka untuk menyatakan pendapat, memberi cadangan dan mereka turut dibolehkan untuk mengeluarkan kritikan secara bebas.
  1.   2.      Belanda.
-     Rakyat Belanda menjadikan pelantar internet sebagai mekanisme utama mereka untuk mendapatkan feedback daripada pihak kerajaan berkenaan sesuatu isu. Parlimen Belanda pada masa kini mempunyai dua laman sesawang mereka sendiri iaitu e-petisyen (laman utama) dan perjalanan perdebatan parlimen secara langsung (dan tidak langsung). Selain itu, mereka juga menyediakan lapangan awam yang digunakan untuk perbincangan.[ scottishparliamentlive.com]
  1.   3.       Kanada.
-      Parlimen Kanada mempunyai unit konsultansi (perundingan) dasar yang dijalankan secara atas talian. Sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini ialah mengendalikan status rakyat kurang upaya yang dibangunkan melalui Canadian Pension Plan Online Consultation with Canadians .
  1.   4.      Jerman.
-     Cadangan untuk membangunkan projek e-demokrasi menemui jalan buntu kerana beberapa sebab seperti masalah teknikal iaitu penggunaan teknologi yang tidak bersesuaian, pihak yang mengusahakan projek tersebut gagal dalam menangani cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang melayari atau menggunakan laman tersebut.

Perbezaan dengan demokrasi di Malaysia...

Laman rasmi parlimen Malaysia hanya berfungsi sebagai sebuah laman yang menyediakan maklumat sahaja. Laman tersebut hanya memberitahu Ahli-ahli Parlimen yang dipilih, tarikh persidangan dan soalan yang diutarakan oleh pelayar hanya dibiar sepi tanpa jawapan.
Meskipun terdapat anjakan dalam teknologi komunikasi di Malaysia, malangnya tiada siaran langsung mahupun rakaman perbahasan yang boleh diikuti oleh rakyat. Rakyat gagal mengetahui keadaan sebenar yang berlaku ketika perbahasan di parlimen. Hal ini secara tidak langsung mampu menimbulkan spekulasi dan memberi gambaran salah tentang sesuatu isu.
Ketelusan parlimen juga tidak mampu dinilai kerana jawapan-jawapan secara lisan mahupun bertulis tidak disiarkan di laman berkenaan. Dari segi perbahasan, hanya Hansard yang mencatatkan setiap butir perkataan yang diucapkan oleh ahli parlimen.

Kesimpulannya, kerajaan elektronik sebenarnya mampu mewujudkan suasana demokrasi yang harmoni seandainya pengaplikasian teknologi berlaku dengan betul dan telus walaupun hubungan yang bersifat perkongsian dan kerjasama masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT) dalam proses demokrasi tidak akan berjaya sekiranya mentaliti masyarakat tetap tidak berubah. Mengambil Jepun sebagai contoh, meskipun mereka melaksanakan kerajaan elektronik dengan baik, melalui kekuatan teknologi, kemampuan kewangan dan rata-rata penduduknya celik komputer, namun akibat daripada halangan-halangan seperti budaya, politik, birokrasi dan kurangnya “political will” kerajaan dalam mengubah proses urustadbir institusi-institusi sedia ada agar lebih terbuka serta bertanggungjawab secara digital telah memperlahankan amalan e-demokrasi di negara tersebut.

Tsagarousianou, Roza, Damian Tambini dan
Cathyrn Bryan dalam buku suntingan mereka “Cyber
democracy” menyatakan konsep e-demokrasi
walaupun hanya merupakan satu impian khayalan para
sarjana sains politik dan aktivitis sosial pada tahun
1960-an, tetapi kini semakin menjadi kenyataan mulai
pertengahan tahun 1990-an. Penggunaan teknologi
Internet yang meluas dan pengenalan e–kerajaan dalam
penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan
awam telah merealisasikan konsep dan harapan
e-demokrasi. Pendekatan hubungan ini amat jelas
apabila e-kerajaan yang diberi takrifan oleh kebanyakan
negara pengamal demokrasi seperti di New Zealand
dan United Kingdom sebagai ;
.. a way for governments to use the new technologies to
provide people with more convenient access to government
information and services, to improve the quality of the services
and to provide greater opportunities to participate in our democratic institutions and processes.”