Search This Blog

Thursday 3 November 2011

PEMILIKAN MEDIA MASSA DAN DEMOKRASI

         Teknologi komunikasi  tidak boleh lari dari pemilikan media dan perkara ini mempengaruhi demokrasi sesebuah negara. Jika di Malaysia, kerajaan memiliki Radio Televisyen Malaysia(RTM). Media Prima pula memiliki New Straits Times Press (M) Bhd yang menerbitkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, memiliki TV3, 8TV, Channel 9 dan NTV7, serta HotFM dan FlyFM. Tambahan lagi, Media Prima dikatakan rapat dengan UMNO.Manakala, Huaren Management Sdn Bhd, syarikat pelaburan MCA, menerbitkan The Star, Sunday Star, Nanyang Siang Pau, China Press dan radio RedFM, SuriaFM dan 988. 
        Walaupun media massa swasta dimiliki oleh golongan kapitalis namun hakikatnya ia mempunyai perkaitan dengan kerajaan menerusi pemilikan tidak langsung iaitu pemilikan ekonomi serta kawalan undang-undang. Sebagai contohnya, Media Prima Berhad adalah dimiliki oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Manakala, MRCB adalah di bawah Khazanah Nasional iaitu satu organisasi yang dimiliki oleh kerajaan. MCA pula pemegang saham terbesar The Star, Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh. MIC pula memiliki Tamil Nesan. Itu adalah sebahagian daripada keadaan yang menunjukkan bagaimana media massa di Malaysia ini dimiliki oleh pihak kerajaan dan golongan kapitalis. Secara keseluruhannya kesemua media massa adalah di bawah kawalan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. 
                  
                      
      Menurut kementerian Penerangan, 1983 menyatakan fungsi rasmi RTM TV1 dan TV2 adalah untuk menerangkan dengan lebih dalam dan luas program kerajaan untuk memastikan pemahaman maksimun oleh umum. Fungsi lain adalah untuk merangsang minat dan pendapat umum agar mencapai perubahan seperti yang dikehendaki kerajaan. Seterusnya adalah untuk menggalakkan kesedaran sivik dan memupuk perkembangan seni dan budaya Malaysia. Akhir sekali adalah untuk menyediakan elemen sesuai untuk pendidikan, maklumat dan hiburan dan membantu usaha integrasi nasional dalam masyarakat pelbagai etnik melalui penggunaan bahasa nasional.



     Antara kesan-kesan pemilikan media dan hubungan rapat antara kerajaan dengan media ini adalah campur tangan kerajaan dalam urusan media. Contohnya, apabila editor dipecat atas kehendak pemimpin politik seperti editor  New Strait Times, Abdullah, 2003 dan diganti dengan Kalimullah. Selain itu, apabila pembangkang mencabar hegemoni, media menjadi alat kawalan, contohnya pemecatan Anwar pada tahun 1998. Seterusnya ialah liputan positif parti pemerintah ketika pilihan raya. Peratusan berita negatif terhadap parti kerajaan ialah 1.7 peratus (Mustafa 2005: 33).Dengan kesan-kesan ini, Pemilikan media massa oleh kerajaan sama ada pemilikan langsung, tidak langsung serta menerusi kawalan undang-undang jelas mencacatkan sistem demokrasi dimana ia akan menghalang teknologi komunikasi untuk berfungsi sebagai medium demokrasi kepada masyarakat. Media massa yang dimiliki oleh kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kandungan media massa terus bermanfaat kepada pihak kerajaan sahaja. Ia sekaligus menafikan hak rakyat untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat daripada pelbagai pihak.Hakikatnya, pemilikan oleh kerajaan dan golongan kapitalis ini jelas menggagalkan teknologi komunikasi untuk muncul sebagai medium demokrasi kepada masyarakat