Search This Blog

Friday 4 November 2011

DeMoKrAsI di MaLaYsIA...

Ketahui struktur parlimen Malaysia
     
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1.YangDi-PertuanAgong
2.DewanNegara
3.Dewan Rakyat
Demokrasi di Malaysia
Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem “Demokrasi Berparlimen” di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang tersenarai telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing. Antaranya, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat  beberapa perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa tersebut.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

tahukah anda bahawa rakyat Malaysia tidak bebas dalam menyuarakan pendapat mereka?
Teknologi komunikasi adalah merupakan medium yang paling penting dan ideal dalam proses pengembangan amalan demokrasi khususnya di negara-negara membangun di mana masih sukar bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu secara bebas dan terbuka.

Namun, persoalannya adakah semua teknologi komunikasi membebaskan masyarakat selaras dengan amalan demokrasi?

Jika dilihat, media massa arus perdana di Malaysia tidak berfungsi sebagai medium demokrasi yang memberikan hak sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara. Kerajaan berkuasa atas pengoperasian media massa dengan pemaktuban undang-undang yang menghalang kebebasan media massa tersebut. TV3, TV9, RTM1, RTM2,, Berita Harian, Utusan Malaysia semuanya mempunyai kaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Namun, media baru terutamanya internet muncul memberikan rakyat hak penggunaan yang lebih bebas tanpa pengawalan undang-undang. Blog, forum dan portal berita online adalah antara capaian dalam internet yang merintis kebebasan rakyat. Menerusi media baru inilah rakyat mempunyai peluang untuk mengkritik kerajaan.

media di Malaysia perlulah mematuhi perkara yang dikehendaki oleh negara dalam menyampaikan maklumat atau informasi.


terdapat peraturan dan sekatan kepada media di Malaysia.
Bagaimana demokrasi di malaysia???


Media massa seharusnya bertanggungjawab kepada masyarakat dengan kata lain menjadi suara rakyat. Media massa sepatutnya beroperasi berlandaskan demokrasi iaitu bertanggungjawab kepada masyarakat dengan menjaga kepentingan awam. Ini bermaksud bahawa matlamat media massa adalah untuk memastikan hak-hak dan kepentingan masyarakat terjaga dan dilindungi. Media massa juga mesti menjadi estet keempat iaitu sebagai entiti yang berasingan yang tidak berada di bawah kawalan mana-mana pihak termasuklah pihak kerajaan. Apabila media massa massa berfungsi sebagai estet keempat, ia membolehkan pengamal media untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan speenuhnya tanpa ada pengaruh pihak-pihak tertentu. Media massa juga harus memberikan kebebasan dan hak kepada mayarakat untuk bersuara menerusi media massa selain memaparkan maklumat yang neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Selain itu juga, maklumat yang dipaparkan mestilah objektif tanpa ada pemanipulasian serta perlulah tepat dan penting kepada masyarakat. Media massa juga seharusnya berfungsi sebagai ’watchdog’ iaitu menjadi pemerhati proses politik yang berkecuali. Media massa perlu mendedahkan dan melaporkan salahguna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh ahli politik dalam media massa untuk tatapan masyarakat.

Namun yang menjadi persoalannya; adakah media massa di Malaysia hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan sepenuhnya? Atau mungkinkah media massa mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat sebaliknya telah berperanan kepada pihak lain?



Laporan Economist Intelligence Unit meletakkan status Malaysia susut tangga ke 71 daripada 167 buah negara dalam indeks demokrasi 2010 berbanding tangga ke 68 pada 2008 memberi gambaran terdapat banyak ruang kepincangan dalam sistem demokrasi di Malaysia, ujar Wan Saiful Wan Jan.

Terdapat satu buku yang berjudul “Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia” yang membincangkan tentang tiga isu yang saling berkaitan iaitu – demokrasi, kepimpinan dan keselamatan – buku ini dijangka akan mendominasi wacana tentang politik Malaysia. Demokrasi dan keselamatan pula sering dilihat sebagai suatu pola yang berlawanan. Demokrasi dapat ditafsirkan dengan pelbagai perspektif contohnya, dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yang melampau dianggap menjejaskan keselamatan. Manakala, dari sudut pandangan rakyat, kawalan politik dan keselamatan yang ketat dilihat sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi. Walau bagaimanapun, demokrasi dan keselamatan diperlukan dalam mana-mana sistem politik dengan syarat soal keselamatan dilandaskan kepada usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin ruang yang mencukupi untuk mereka melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. Untuk mengharmonikan hubungan demokrasi dan keselamatan ini, kepimpinan perlu mementingkan urus tadbir yang baik dan sensitif kepada kehendak dan aspirasi rakyat supaya kepimpinan itu diterima oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. 

Secara keseluruhannya buku ini berpendirian bahawa demokrasi, kepimpinan dan keselamatan adalah perkara pokok yang penting dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang stabil dan kukuh. Selain itu, Kepimpinan Malaysia telah melakarkan satu bentuk pengurusan demokrasi yang berbeza dengan amalan yang terdapat di Barat. Mengambil kira faktor seperti struktur masyarakat Malaysia yang rencam, kedudukan geografi Malaysia, perkembangan antarabangsa khususnya ancaman keselamatan yang wujud dalam pelbagai bentuk, kepimpinan Malaysia cuba mengimbangi di antara keperluan untuk mendemokrasikan Malaysia di samping tidak mengetepikan persoalan kepimpinan dan keselamatan negara bangsa.

(buku ini dilancarkan oleh YAB Dato Seri Dr Jamaluddin Dato’ Mohd Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena seminar kebangsaan ke arah pembangunan e Malaysia..6 disember 2005)

No comments:

Post a Comment